Hari Kebangsaan: Aspek kebersihan jadi keutamaan SWM Environment

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 30 Ogos – Seramai 20 petugas pembersihan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) akan ditempatkan di Banda Hilir sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka, pada Khamis.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, pihaknya giat melakukan persediaan rapi di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir yang dijangka bakal dihadiri lebih 20,000 pengunjung.

Katanya, antara persiapan dilakukan termasuklah menempatkan pekerja pembersihan serta 30 unit tong sampah beroda (TSB) di lokasi perarakan iaitu bermula dari dataran berkenaan sehingga ke Stadium Hang Tuah.

“Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan tidak menghalang laluan orang ramai, pihak SWM Environemnt akan menggerakkan jentera pembersihan seperti lori kompaktor dan motosikal tiga roda (side-car) pada awal pagi di sepanjang laluan perarakan sekitar Bandar Hilir dan Jalan Hang Tuah bagi memastikan ia dibersihkan lebih awal sebelum perarakan yang dijadualkan bermula pada jam 8 pagi.

“Pihak SWM Environment juga menjangkakan sebanyak 5000 kilogram (kg) janaan sisa akan dibersihkan sempena acara ini.

“Kami akan terus komited untuk menyediakan perkhidmatan pembersihan awam sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran pelbagai acara-acara di Negeri Melaka termasuklah Hari Kebangsaan,” katanya.

WhatsApp Image 2023-08-29 at 17.55.33
Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin

Menurut beliau, selain acara kemuncak pada 31 Ogos ini, SWM Environment turut terlibat sepanjang acara raptai dan raptai penuh di lokasi terlibat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

948
Kongsi :
Previous post Nahas Elmina: Data CVR pesawat berjaya diekstrak
Next post Laman Belia Sungai Rambai bertambah ceria September ini
Ubah saiz-+=