Laman Belia Sungai Rambai bertambah ceria September ini

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

SUNGAI RAMBAI 30 Ogos – Laman Belia Sungai Rambai akan dinaik taraf dengan pemasangan lampu bewarna-warni sekali gus menarik kehadiran pelancong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis berkata, lokasi itu juga menjadi salah satu laman persinggahan pelancongan baharu yang bersempadan dengan Negeri Johor.

“Sebenarnya Laman Belia ini saya mahu jadikannya sebagai lokasi pelancongan yang mana saya sudah menerima peruntukan yang dilulurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk pemasangan lampu hiasan.

“Kita juga bercadang membangunkan produk ‘mini cruise’ di Laman Belia, namun ia melibatkan banyak aspek teknikal, jadi kita ceriakan dahulu kawasan ini dengan lampu berwarna-warni supaya orang akan singgah di Sungai Rambai.

“Insya-Allah kerja-kerja pemasangan lampu ini selesai pada bulan September depan, selepas ini orang ramai boleh singgah bersama keluarga mereka dan jadikan kawasan ini sebagai ‘port’ berswafoto,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

photo1692082490
PENGUNJUNG menaiki bot untuk menikmati pemandangan indah dengan air yang jernih di sepanjang Sungai Kesang, berhampiran Laman Belia Sungai Rambai yang menjadi tarikan baharu untuk produk pelancongan negeri Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas lanjut, Siti Faizah berkata, bagi memastikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai tidak suram, pihaknya akan merancang pelbagai program melibatkan penduduk.

Katanya, antara program tahunan diadakan ialah pertandingan pelita raya pada setiap bulan Ramadan dan menjelang ketibaan Syawal.

“Sebab itulah kita anjurkan pertandingan pelita raya setiap tahun kerana kerana kita mahu ceriakan lagi suasana di Sungai Rambai.

“Insya-Allah dengan adanya lampu hiasan suasana malam di Sungai Rambai akan lebih ceria tertumanya di kawasan Laman Belia dan jambatan gantung,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1917
Kongsi :
Previous post Hari Kebangsaan: Aspek kebersihan jadi keutamaan SWM Environment
Next post PM Anwar sampaikan Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023 petang ini
Ubah saiz-+=