Hasrat suami, isteri tunai Umrah tidak kesampaian

Masa Membaca:57 Saat

BUKIT BARU 16 Mei – Hasrat kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengerjakan umrah bersama isteri tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia dalam nahas motosikal di Jalan Paya Ikan, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1.45 tengah hari, Kamaruddin Karim, 57, maut di lokasi kejadian manakala isterinya Linda Awal,43, parah dipercayai patah tulang rusuk kiri.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, dalam kejadian itu mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.

“Hasil siasatan mendapati motosikal mangsa bergerak lurus dari arah lampu isyarat Duyong menghala ke Paya Ikan sebelum hilang kawalan, terbabas ke kiri jalan dan terbalik berdekatan kawasan rumput,” katanya.

“Proses bedah siasat terhadap Kamaruddin yang juga merupakan kakitangan MBMB dijangka dilakukan esok selepas mendapat keputusan ujian calitan COVID-19,” katanya.

Beliau berkata jenazah mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pembonceng wanita pula dirawat di Zon Merah, hospital sama siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian sedang dijalankan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1110
Kongsi :
Previous post Jabatan Perhutanan Perak hentikan sementara aktiviti mendaki Gunung Suku
Next post Semua mangsa terkandas di Laman Tiga Budaya selamat dibawa turun
Ubah saiz-+=