Semua mangsa terkandas di Laman Tiga Budaya selamat dibawa turun

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

ASAHAN 16 Mei – Kesemua mangsa yang terkandas di kawasan air terjun Laman Tiga Budaya di sini, selamat dibawa turun selepas lokasi itu dilanda kepala air, tengah hari tadi.

Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari ketika hujan lebat melanda kawasan terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin, Penguasa Bomba Mohd Hanif Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1 tengah hari sebelum tujuh anggota pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

MOHD Hanif

Beliau berkata, pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 1.45 tengah hari sebelum memulakan operasi menyelamat bersama beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Hutan, selain dibantu masyarakat Orang Asli.

ALIRAN air deras susulan berlaku kepala air

“Bomba dimaklumkan terdapat 80 mangsa berada di kawasan itu termasuk pelajar tahfiz dan universiti yang berkhemah dan melakukan aktiviti ‘hiking’.

“Ketika baru memulakan operasi kami berdepan kesukaran kerana arus air masih deras dan kami terpaksa berhati-hati serta mengambil langkah keselamatan dengan menggunakan tali pandu arah,” katanya.

Mohd Hanif berkata, sekumpulan 20 pengunjung yang terbabit dengan aktiviti perkhemahan enggan turun namun akur dan berbuat demikian selepas diarahkan pihak polis.

“Arahan itu dikeluarkan pihak polis atas faktor keselamatan, kami bimbang berlaku kejadian tidak diingini jika cuaca buruk berterusan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3277
Kongsi :
Previous post Hasrat suami, isteri tunai Umrah tidak kesampaian
Next post Kepala air Asahan: Tiada kemalangan jiwa dilaporkan
Ubah saiz-+=