Honda terus berkembang di Melaka – Sulaiman

Share and Enjoy !

Shares

TABOH NANING 30 Mac – Kejayaan Honda Malaysia Sdn Bhd mengeluarkan satu juta unit kenderaan di kilang pengeluarannya di Pegoh dianggap satu pencapaian membanggakan ketika dunia berdepan krisis kewangan susulan pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kejayaan itu juga adalah bukti kerja keras, amalam pengurusan strategik dan berkesan diamalkan Honda Malaysia.

“Saya yakin kejayaan ini bukan ‘one man show’. Saya menghargai usaha Honda Malaysia yang berterusan mengutamakan pembangunan sumber manusia dan menyediakan persekitaran ruang kerja kondusif kepada pekerja di sini.

“Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Honda Malaysia yang berterusan menyokong komuniti tempatan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan pelbagai lagi inisiatif dijalankan sepanjang tahun,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika berucap pada Majlis Pencapaian Satu Juta Pengeluaran Kenderaan Honda Malaysia di kilang pemasangan syarikat itu di Kawasan Perindustrian Hicom, Pegoh, hari ini.

Hadir sama EXCO Kanan Pelaburan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn Bhd, Madoka Chujo serta kenamaan lain.

Menurutnya, difahamkan setiap tahun Honda Malaysia memperuntukan jumlah yang besar untuk menjayakan program CSR yang memberikan impak positif kepada komuniti setempat khusus dalam keadaan sukar ketika ini.

“Sekali lagi tahniah kepada Honda Malaysia atas kejayaan mengeluarkan satu juta unit kenderaan. Menjadi kebanggaan saya melihat Honda Malaysia terus berkembang bagi tahun mendatang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2

Share and Enjoy !

Shares
Previous post RON97 naik lapan sen, RON95, diesel kekal
Next post Pelaksanaan kadar gaji minimum usahawan mikro masih dalam perbincangan