
Honda Malaysia tutup sementara operasi kilang pemasangan di Pegoh.
AYER KEROH 14 Jan – Honda Malaysia menutup sementara operasi kilang pemasangannya di Pegoh, Melaka, selama dua minggu bermula hari ini.
Ia susulan arahan dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataan rasmi semalam yang memutuskan pengoperasian kilang automatif ditutup sepenuhnya, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai tindak balas kepada pandemik COVID-19 yang menular di dalam negara.
Sebelum ini, MITI memutuskan aktiviti perkilangan automotif dinyatakan boleh beroperasi dengan pematuhan SOP ketat di negeri-negeri yang dikenakan PKP 2.0.
Bagaimanapun kenyataan terbaharu berbeza apabila menyatakan bahagian pembaikan dan penyelenggaran sahaja dibenarkan beroperasi.
Sumber dalaman Honda Malaysia mengesahkan penutupan operasi di Pegoh, Melaka sebagaimana arahan diterima daripada MITI dan semua kakitangan diminta menghentikan operasi bermula hari ini hingga 26 Januari ini.
Difahamkan operasi kilang Honda di Pegoh beroperasi semalam, namun dihentikan pada jam 9 pagi ini selepas kakitangan kilang berkenaan tamat waktu bekerja bagi shif malam.
Views:
Related

Berita Lain
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
PENJAWAT AWAM PERLU HATI-HATI KONGSI MAKLUMAT
AYER KEROH 28 September - Penjawat awam diingatkan supaya lebih cakna dan berhati-hati ketika berkongsi penyataan awam atau maklumat berkaitan...
PENJAWAT AWAM JANGAN ‘CURANG’ DALAM LAKSANA AMANAH – SALHAH
AYER KEROH 28 September - Semua penjawat awam di Negeri Melaka diingatkan supaya melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan...
PEMERGIAN TUN SITI HASMAH KEHILANGAN BESAR BUAT NEGARA – AB RAUF
AYER KEROH 28 September - Pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali disifatkan sebagai kehilangan besar buat negara, khususnya atas...
GAYA PENDEKAR GASING CURI PERHATIAN KETUA MENTERI
TANJUNG BIDARA 28 September - Jika anak 'orang putih' popular dengan permainan yoyo, remaja ini memilih untuk bermain gasing yang...
SARINGAN OKTOBER TENTUKAN KEMASUKAN MURID TABIKA AUTISME KEMAS
DUYONG 28 September - Proses saringan kanak-kanak yang bakal mengikuti Tabika Autisme Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan dilaksanakan sepanjang Oktober...

