Pesara rugi RM20,000 ditipu sindiket Macau Scam

Masa Membaca:59 Saat

MELAKA, 14 Jan – Seorang lelaki warga emas kerugian RM20,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwa kononnya mangsa terbabit dalam kes penggubahan wang haram dan akan ditangkap pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka Supt E. Sundra Rajan berkata, pesara kerajaan berumur 70 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis pada 6 Januari lalu.

“Untuk tidak ditangkap, suspek mengarahkan mangsa membayar RM10,000 sebagai wang jaminan polis dan disebabkan takut, mangsa telah membuat bayaran tersebut ke satu akaun yang diberikan oleh suspek.

“Selepas membuat bayaran, mangsa sekali lagi dihubungi suspek sama dan diarahkan membuat bayaran kali kedua. Akibat percaya dengan panggilan itu, mangsa telah membayar sebanyak RM10,000 kali kedua ke akaun yang diberikan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, selepas mangsa membuat bayaran berjumlah RM20,000, beliau menceritakan kejadian berkenaan kepada ahli keluarganya dan menyedari telah ditipu sebelum membuat laporan di Balai Polis Jasin dekat sini, semalam.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sundra Rajan turut menasihati orang ramai supaya menghubungi mana-mana balai polis terdekat untuk pengesahan jika menerima panggilan telefon yang mendakwa daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). – BERNAMA

Views:

284
Kongsi :
Previous post Honda Malaysia tutup sementara operasi kilang pemasangan di Pegoh.
Next post Perdana Menteri ucap Selamat Hari Ponggal kepada masyarakat India
Ubah saiz-+=