
Hotel MITC pertama diiktiraf penginapan mesra Muslim di Melaka
AYER KEROH 4 Sept. – Hotel MITC melakar sejarah selepas menjadi hotel pertama diiktiraf mesra Muslim di Melaka.
Pengiktirafan tersebut dianugerahkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dalam Majlis Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim yang diadakan di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, semalam.
Pengerusi Hotel MITC Abd Kadir Md Idris dalam satu kenyataan berkata pengiktirafan tersebut adalah hasil gerak kerja cemerlang kakitangannya memartabatkan industri pelancongan negara, terutamanya Melaka.
“Tahniah dan syabas buat Hotel MITC, Ayer Keroh kerana diiktiraf sebagai penginapan mesra Muslim di Melaka oleh Pusat Pelancongan Islam (ITC) Agensi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
“Kejayaan pengiktirafan tersebut adalah hasil kerja berpasukan yang mantap antara Pengurus Besar Hotel MITC Sazali Sabri dan kakitangan,” katanya.
Beliau turut menambah, pengiktirafan tersebut dapat galak serta beri motivasi kepada pemain industri servis hospitaliti yang lain untuk mendapat pengiktirafan serupa pada masa akan datang.
Views:
Related


Berita Lain
‘GELOMBANG BIRU’ IRINGI TOK AJAK
TELOK MAS 31 Oktober - Lebih 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) berhimpun dan mengiringi calon N23 Telok Mas Datuk Wira...
PRN MELAKA: NAIB PRESIDEN UMNO, PAS IRING RAIS DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Datuk Rais Yasin mendapat suntikan...
MUCM CIPTA REKOD 62 HAK CIPTA SEHARI, TERTINGGI BAGI UNIVERSITI
BUKIT KATIL 30 Oktober - Manipal University College Melaka (MUCM) melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya mendaftarkan 62 hak cipta dalam...
MAIM BANTU ‘A TO Z’, USAHAWAN SATE MENGORAK LANGKAH
AYER KEROH 30 Oktober - Bermula dengan menjual sate pada harga RM1 sebatang, seorang usahawan membuktikan perniagaan kecil mampu berkembang...
MENARA TAMING SARI ANGKAT WARISAN, HIDUPKAN TRADISI MELAKA
KOTA LAKSAMANA 30 Oktober - Menara Taming Sari bukan sekadar menawarkan panorama bandar bersejarah dari ketinggian 80 meter, malah turut...
PRN MELAKA: BN SAH TANDING DI 23 KERUSI DUN
TANJUNG BIDARA 30 Oktober - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya...
