Imbas kod QR dapat kupon RM15

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BANDA HILIR 19 Februari – Pengunjung hadir memeriahkan Sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 Negeri Melaka di Jonker Walk, 22 Februari ini perlu mengimbas kod QR bagi mendapatkan kupon bernilai RM15 disediakan pihak penganjur.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, pengunjung boleh mengimbas kod QR berkenaan di perkarangan pentas utama Jonker Walk pada malam program berlangsung.

Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya berkata, kupon berkenaan diberikan kepada 10,000 pengunjung terawal sahaja.

“Menggunakan kupon yang diberikan, pengunjung boleh beli makanan atau cenderamata yang ditawarkan peniaga di Jonker Walk.

“Kita juga menyediakan gerai yang menawarkan makanan halal untuk pengunjung beragama Islam,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa Jonker Walk di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin, Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk, Datuk Wira Gan Tian Loo serta Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Melaka, Ezlina Alias.

Mengulas lanjut beliau berkata, sempena sambutan itu Jonker Walk akan ditutup bermula 22 (Khamis) hingga 25 (Ahad) Februari.

“Pada 22 Februari penutupan jalan bermula dari jam 7 malam dan dibuka semula pada jam 11.50 malam 25 Februari. Namun bagi menjamin kelancaran majlis kami memohon kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk awalkan penutupan jalan iaitu bermula 21 Februari,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

479
Kongsi :
Previous post 40 sukarelawan Paramedik Komuniti ditempatkan pada Sambutan Peristiwa Pengisytiharan Kemerdekaan
Next post Penghantar makanan didakwa bakar kereta polis bantuan
Ubah saiz-+=