Sorting by

×

Indahnya Pulau Konet

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KUALA LINGGI 7 Julai – Pulau Konet yang terletak di Telok Gong, di sini, bakal dibangunkan sebagai sebuah produk pelancongan baharu Melaka.

Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka (MPPM) menerusi satu kenyataan memaklumkan, pulau terletak di sebelah utara negeri ini bakal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi laut dan pantai yang boleh menggamit kehadiran pelancong.

Bagi tujuan itu, satu kajian pemeliharaan dan pemuliharaan spesies terumbu karang serta ikan hiasan telah diadakan MPPM dengan kerjasama Operator Megladon Dive Academy.

KAJIAN yang dijalankan di Perairan Pulau Konet bagi mengenal pasti spesies terumbu karang dan ikan hiasan yang terdapat di kawasan itu

“Pulau Konet merupakan salah satu pulau yang terletak di Zon Utara Kepulauan Negeri Melaka di dalam daerah Alor Gajah.

“Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk membangunkan Pulau Konet sebagai produk baru pelancongan negeri melalui aktiviti rekreasi laut dan pantai yang bersesuaian dengan fizikal pulau tersebut.

“Akses ke pulau ini sangat mudah, hanya dengan menaiki bot penambang di Jeti Nelayan Telok Gong,” kata kenyataan itu.

MPPM menambah, tujuan kajian tersebut dijalankan adalah untuk mengenal pasti spesies terumbu karang dan ikan hiasan yang terdapat di kawasan pulau tersebut.

“Kajian ini akan diteruskan lagi dengan beberapa siri lawatan,” kata kenyataan itu lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8031
Kongsi :
Previous post MBMB hapus sarang gelandangan
Next post Lebih 600 peserta berenang di Pantai Puteri
Ubah saiz-+=