
Indonesia buka semula perkhidmatan visa semasa ketibaan ke Bali
JAKARTA, 7 Mac – Indonesia membuka semula perkhidmatan visa semasa ketibaan (VoA) ke Bali untuk pelancong dari 23 negara, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Menurut pengumuman Direktorat Jeneral Imigresen hari ini, VoA akan dilaksanakan sebelum 14 Mac, memandangkan kadar vaksinasi dua dos di pulau percutian itu lebih tinggi berbanding wilayah lain.
Warga asing boleh memohon visa itu selepas tiba di lapangan terbang dan pelabuhan antarabangsa Bali dan boleh meninggalkan negara melalui mana-mana pintu imigresen, tidak semestinya di Bali, kata sub-penyelaras perhubungan awam direktorat, Achmad Nur Saleh dalam satu kenyataan.
Minggu lepas, Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Luhut Binsar Panjaitan, dilaporkan berkata Bali telah dipilih sebagai destinasi untuk melaksanakan program percubaan bagi ketibaan pelancong tanpa kuarantin. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
APEL.A UiTM BANDARAYA MELAKA BUKA PELUANG PEKERJA BERPENGALAMAN IKUTI PENGAJIAN MBA
BANDARAYA MELAKA 8 Mei - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka membuka peluang kepada pekerja berpengalaman untuk menyambung pengajian...
BALAI RAYA TAMAN SRI HILIR KEMBALI ‘BERNYAWA’
ASAHAN 6 Mei - Balai Raya Taman Sri Hilir kembali 'bernyawa' selepas melalui proses baik pulih dan kembali berfungsi sebagai...
SKRIN LED KAMPUNG KEMUNING ‘LAKU KERAS’
MACHAP JAYA 7 Mei - Kemahuan untuk tampil dengan idea yang berbeza daripada orang lain atau memecah tradisi menjadi kebiasaan...
‘MACHAP HILL’ BUKAN BUKIT BIASA
MACHAP JAYA 7 Mei - Panorama memukau dari puncak 'Machap Hill' yang terletak di Menggong, menjadikan kawasan ini sebagai sebuah...
MAIM JADI ‘JAMBATAN’ RAPATKAN JURANG KOMUNITI DAN ASNAF
AYER MOLEK 7 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan antara asnaf dan mualaf...
TURUN PADANG CARA DUN AYER MOLEK JAGA KEBAJIKAN RAKYAT – RAHMAD
AYER MOLEK 7 Mei - Pendekatan masuk kampung atau turun padang menjadi amalan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek...
