
Industri perkilangan disaran sertai inisiatif Jualan Rahmah
ALOR GAJAH, 20 Mac – Kerajaan menggalakkan lebih banyak industri perkilangan menyertai inisiatif Jualan Rahmah bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh, berkata, ketika ini kerajaan menerima banyak pertanyaan daripada pemain industri perkilangan untuk menyertai inisiatif berkenaan.
“Pengilang perlu menyelesaikan masalah struktur harga berkenaan,” katanya pemberita pada Program Jualan Rahmah Kasih Sayang bersama Julie’s, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Fuziah berkata tiada keperluan untuk menubuhkan kembali Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi memandangkan kerajaan sudah mempunyai pasukan pelaksana sendiri.
Katanya, pasukan pelaksana tersebut akan meneliti keputusan dibuat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat akibat ketidaktentuan ekonomi. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILADHA SERLAH MUAFAKAT PENDUDUK TAMAN RAMBAI UTAMA
PAYA RUMPUT 30 Mei - Semangat muafakat dan kerjasama masyarakat bergotong-royong bagi menyempurnakan ibadah korban mewarnai sambutan Aidiladha di Taman...
‘PETTING ZONE’ PIKAT PENGUNJUNG ZOO MELAKA
AYER KEROH 30 Mei - Tarikan ‘Petting Zone’ di Zoo Melaka menjadi antara aktiviti paling diminati pengunjung sempena cuti sekolah...
PROJEK SUNDUK 2026 SASAR KUMPUL EMPAT TAN DAGING KORBAN
KESIDANG 30 Mei - Projek Sunduk Korban yang digerakkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada tahun ini mengumpulkan lebih 1.5...
JELAJAH MEDIPULIH MELAKA 2026 TUMPU PERKUKUH KESIHATAN KOMUNITI DI TIGA LOKASI
AYER KEROH 29 Mei - Pendekatan kesihatan berasaskan komuniti terus diperkukuh apabila Program Jelajah MediPulih Melaka 2026 diperkenalkan sebagai platform...
PELAJAR TINGKATKAN EMPAT DITAHAN DIPERCAYAI BEKAL ‘VAPE MUSHROOM’
KESIDANG 29 Mei - Remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan selepas dia disyaki membekalkan rokok elektronik mengandungi...
PENGANGGUR DITAHAN BANTU SIASATAN PENEMUAN MAYAT TANPA IDENTITI
KESIDANG 29 Mei - Seorang pengganggur iaitu lelaki berusia 40 tahun ditahan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan mayat tanpa...
