Sorting by

×

MiCoST bantu anak B40 lanjut pelajaran secara percuma

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 20 Mac – Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) membantu pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran menerusi Program Jana Pendidikan B40 (PJP40).

Ketua Pegawai Eksekutif MiCoST, Datuk Mohamad Azmi Sabtu berkata, menerusi program itu anak Melaka dikategorikan golongan B40 dapat melanjutkan pelajaran secara percuma.

“Program ini memberi peluang kepada pelajar B40 supaya untuk menuntut ilmu tanpa memikirkan masalah kewangan, ini kerana segala pembiayaan mereka ditanggung kita 100 peratus.

“MiCoST melaksanakan inisiatif ini memandangkan statistik pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sambung pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) sangat rendah.

“Setakat ini di MiCoST pelajar B40 sedia ada dalam 300 orang, jadi sekarang kita fokus dahulu anak Melaka supaya tidak ada antara mereka yang tercicir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Apresiasi Guru-Guru Kaunseling Negeri Melaka, di sebuah hotel, di sini, hari ini.

IMG_20230320_175045_986
AYER KEROH 20 MAC 2023. Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) membantu pelajar daripada keluarga B40 melanjutkan pelajaran menerusi Program Jana Pendidikan B40 (PJP40) pada Majlis Apresiasi Guru-Guru Kaunselor Negeri Melaka di Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka. Foto: MR. AZLI

Pelancaran PJP40 telah disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum.

Hadir sama Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, Mohd Ghazali Ahmad; Pengarah PJP40, Muhammad Faisal Baba dan bahagian pengurusan tertinggi MiCoST.

Mengulas lanjut, Mohamad Azmi berkata, MiCoST berazam memastikan pelajar B40 khususnya anak Melaka dapat merealisasikan impian mereka untuk mengubah ekonomi keluarga ke arah lebih baik.

“Saya percaya guru kaunselor boleh membantu kita untuk membawa anak-anak B40 ini melanjutkan pelajaran di MiCoST demi masa depan mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1794
Kongsi :
Previous post 490 penjawat awam Melaka terima pengiktirafan MAPAN
Next post Industri perkilangan disaran sertai inisiatif Jualan Rahmah
Ubah saiz-+=