Ingat, ini peringatan terakhir – JPJ

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BUKIT KATIL 7 Disember – Sebanyak 111 kesalahan dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka pada Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil, di sini, semalam.

Pengarah JPJ Negeri Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata, advokasi itu menumpukan kepada pelajar yang hadir ke sekolah dengan menunggang sendiri motosikal.

Beliau berkata, selain pemeriksaan keatas kenderaan, pihaknya juga mengadakan taklimat bersama pelajar dengan menerangkan secara jelas peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi.

“Pada program yang bermula dari jam 7 hingga 9 pagi itu sejumlah 163 buah kenderaan diperiksa dan hasilnya itu 111 kesalahan dikesan.

“Pemeriksaan keatas pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah sebagai pengangkutan turut membabitkan Kadet JPJ SMK Bukit Katil, ini bagi memberi pendedahan kepada ahli.

“Melalui program advokasi ini tiada tindakan kompaun diambil sebaliknya JPJ hanya mengeluarkan notis peringatan akhir kepada ibu bapa dan pelajar agar tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya ketika ditemui di JPJ Melaka, Bukit Katil, hari ini.

WhatsApp Image 2022-12-07 at 1.33.01 PM
KADET JPJ SMK Bukit Katil melekatkan pelekat di motosikal pelajar

Menurutnya, tindakan advokasi itu dilakukan sebagai usaha agar golongan muda tidak terus mengulangi kesilapan sama pada masa hadapan.

“Antara kesalahan tertinggi yang dikesan ketika pemeriksaan adalah tiada lesen memandu dan kesalahan teknikal, tidak mempamerkan pelekat ‘P’ dan ‘L’ pada kenderaan masing-masing. Jadi kita tidak mahu mereka beranggapan ini adalah hal yang remeh,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3436
Kongsi :
Previous post PRU15: Calon tarik diri tetap diisytihar pemenang jika dapat undi tertinggi – Pengerusi SPR
Next post Polis tahan 46 ejen bookie judi Piala Dunia
Ubah saiz-+=