
Insiden cari udang galah, warga emas cedera digigit buaya
AYER LIMAU 6 September – Wanita warga emas cedera selepas diserang ‘sang bedal’ ketika sedang menangkap udang galah di perairan Sungai Timun, Lubok China, Jumaat lalu.
Kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mengakibatkan mangsa yang berusia 65 tahun mengalami kecederaan pergelangan kaki.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, berdasarkan laporan dibuat oleh anak mangsa, semasa kejadian wanita terbabit keluar menangkap udang galah bersama beberapa rakannya yang juga nelayan.
“Semasa ibunya turun ke dalam sungai tidak jauh dari perahu dinaiki untuk serkap udang galah tiba-tiba mangsa digigit seekor buaya.
“Ketika mangsa sedang meronta-meronta dia terlepas daripada gigitan buaya dan cuba menyelamatkan diri ke arah perahu.
“Namun ketika itu tiba-tiba kepalanya terhantuk pada bucu perahu sebelum diselamatkan oleh rakan nelayan,” katanya.
Menurutnya, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di pergelangan kaki sebelah kanan kesan daripada gigitan reptilia itu.
“Susulan itu mangsa menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTA) Seremban, dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SEDIA RUANG BELIA KEMBANG POTENSI DALAM AKADEMIK, SUKAN
PENGKALAN BATU 25 September - Peluang menyertai program akademik dan sukan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Melaka memberi ruang kepada golongan...
KAPAL EX-KD SRI TERENGGANU KINI BERWAJAH BAHARU
BANDA HILIR 25 September - Kapal Ex-KD Sri Terengganu di Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, kini berwajah...
JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT: AYAM RM5, BARANGAN MURAH DI PASAR BESAR MBMB
AYER KEROH 25 September - Ayam serendah RM5 seekor serta pelbagai barangan basah dan kering sehingga 50 peratus lebih rendah...
MESYUARAT KHAS SPR 7 OKTOBER TENTUKAN TARIKH PENTING PRN MELAKA KE-16
BANDARAYA MELAKA 25 September – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: BAYANGAN CALON? TUNGGU SEBELUM HARI PENAMAAN – AB RAUF
PENGKALAN BATU 25 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh masih berteka-teki mengenai bayangan calon yang bakal...
‘DULU SAYA ANAK PENOREH GETAH’ – AB RAUF MAHU WARISKAN KERAJAAN TERBAIK UNTUK ANAK MUDA MELAKA
PENGKALAN BATU 25 September - Daripada kehidupan sebagai anak penoreh getah di sebuah kampung di Masjid Tanah, Ketua Menteri Datuk...
