UTeM jalin kerjasama perkukuh R&D

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

DURIAN TUNGGAL 6 September – Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) menggiatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) universiti itu bagi berkongsi ilmu dan kepakaran bersama Carsome Cerified Lab (CASB), baru-baru ini.

Naib Canselornya, Datuk Dr. Ts. Massila berkata, menerusi kerjasama terbabit satu memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai bersama syarikat berkenaan bagi memperkasa pemindahan kepakaran dan teknologi.

Katanya, kerjasama itu sekali gus mampu menyediakan peluang latihan kepada staf bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran di bawah Skim Sangkut Industri.

“Kerjasama ini turut menjadi medan buat pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi UTeM menjalani latihan industri atau Work Based Learning (WBL) di CASB berpandukan modul latihan menggunakan kemudahan fasiliti yang terdapat di CASB.

“Hubungan strategik ini turut menjadi mekanisme strategik bagi UTeM seiringan aspirasi kerajaan dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET UTeM memenuhi keperluan industri,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan.

Terdahulu, menerusi MoU yang dimeterai di di pejabat CASB, Bukit Raja, Klang, Selangor, baru-baru ini melibatkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jiun Ee Teoh bersama delegasi UTeM.

Dalam pada itu Massila berkata, universiti itu akan terus bertindak pro aktif dan berdaya tinggi dalam aspek revolusi pendidikan teknikal dan membimbing generasi profesional UTeM mewarnai sektor automotif di Malaysia.

“Pada masa yang sama menjayakan program latihan bertaraf dunia yang memberi kuasa kepada pelajar-pelajar UTeM untuk berjaya dalam pasaran pekerjaan yang terus dinamik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1010
Kongsi :
Previous post Insiden cari udang galah, warga emas cedera digigit buaya
Next post Ramai tak sedar hidap barah payudara
Ubah saiz-+=