Ramai tak sedar hidap barah payudara

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

BUKIT KATIL 6 September – Lebih 90 peratus penghidap barah payudara di negara ini sukar dikesan pada peringkat awal mengikut data Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Pengarah Urusan NCSM, Prof. Dr. M. Murallitharan berkata, perkara itu berikutan pandemik COVID-19 telah menyukarkan pengesanan awal penyakit membawa maut itu.

Menurut beliau, apabila negara melalui fasa peralihan ke pandemik, ramai yang telah disahkan menghidap barah pada peringkat yang serius selepas menjalani saringan.

“Mengikut statistik di Malaysia, sebelum pandemik, 90 peratus yang menjalani saringan awal dapat dikesan menghidap barah namun selepas pandemik mereka ini hanya dikesan apabila menghidap barah tahap empat.

“Hal ini kerana kebanyakan mereka ini tidak dapat mengesan barah itu lebih awal kerana negara terjejas dengan COVID-19.

“Kita menjangkakan perkara ini akan terus berlarutan sehingga empat ke lima tahun mendatang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Lagu ‘Saya Anak Malaysia’ bersama Pemandiri Kanser di sebuah resort, di sini, hari ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin.

Mengulas lanjut, Prof. Dr. Murallitharan berkata, pihaknya bersama sukarelawan NCSM akan bergerak lebih aktif ke seluruh negara bagi memberi kesedaran terhadap pembunuh nombor satu negara itu kepada rakyat negara ini, khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Pihak NCSM telah menjalankan saringan kepada lebih 8,000 wanita di Melaka untuk saringan awal barah payudara bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

“Secara keseluruhan, lebih 50,000 wanita di seluruh negara telah menjalani saringan awal untuk tempoh sama.

“NCSM akan sentiasa mengembeleng tenaga bersama sukarelawan untuk menyebarkan kesedaran terhadap barah payudara dalam kalangan masyarakat,” katanya.

“Pihak kita akan sentiasa mengembleng tenaga bersama sukarelawan untuk menyebarkan kesedaran terhadap barah payudara dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

967
Kongsi :
Previous post UTeM jalin kerjasama perkukuh R&D
Next post FAMA sedia bantu pasarkan beras tempatan
Ubah saiz-+=