INSWA terus angkat martabat Dondang Sayang

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

DUYONG 14 Jun – Institut Warisan Melaka (Inswa) akan terus melestarikan irama Dondang Sayang bagi memartabatkan warisan itu terus segar dalam kalangan anak muda.

Pengurus Besar Inswa, Abdul Malek Bador berkata, penganjuran seperti bengkel dan pertandingan yang dianjurkan pihaknya mampu melestarikan seni itu bermula dari peringkat akar umbi khususnya di institut pengajian tinggi (IPT) seluruh Malaysia.

“Baru-baru ini, kerjasama antara Sektetariat Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) dan Kelab Kasawari Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) telah mengadakan Bengkel Pemantapan Pantun Dondang Sayang Peringkat Kebangsaan UTeM-Makum 2023.

“Seramai 40 orang pelajar dari lima buah universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Putra Malaysia (UPM) termasuk UTeM menyertai penganjuran ini bagi memantapkan kembali kesedaran dalam seni yang menjadi warisan negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, Abdul Malek berkata, bagi memastikan seni tersebut kekal diangkat pihaknya bakal menganjurkan Pertandingan Nyanyian Dan Tarian Dondang Sayang 2023 pada November depan

“Pertandingan itu selaras dengan Sambutan Ulangtahun Pengisytiharan Dondang Sayang Sebagai Warisan Tidak Ketara Dunia UNESCO kali-6 bagi tahun ini.

“Orang ramai dialu-alukan untuk sama-sama menyertai dan memeriahkan lagi pertandingan dondang sayang yang bakal diadakan itu nanti.

“Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan urusetia. Hebahan tentang pertandingan juga boleh didapati di Facebook Inswa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1489
Kongsi :
Previous post Dua beradik maut kereta dirempuh lori tangki
Next post Projek tambak pasir Pantai Telok Gong atasi hakisan
Ubah saiz-+=