
Dua beradik maut kereta dirempuh lori tangki
KUANTAN, 14 Jun – Dua beradik maut selepas kereta dinaiki mereka dirempuh lori tangki membawa muatan petroleum berhampiran lampu isyarat Felda Lepar Hilir di Jalan Kuantan-Segamat di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mereka yang maut ialah Siti Mazurah Zulkifli, 30, dan Siti Nur Alia Saffiyah, 18, yang berasal dari Felda Lepar Hilir Satu di sini.
“Kemalangan pada 11 malam itu dipercayai berlaku apabila lori tangki yang dalam perjalanan ke sebuah stesen minyak di Gambang telah hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh kereta mangsa,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Kejadian yang berlaku semasa hujan itu meyebabkan kereta yang dipandu Siti Nur Alia Saffiyah terperosok ke bawah lori tangki dan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Wan Mohd Zahari berkata pemandu lori tangki yang berusia 31 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan dan ujian saringan air kencing yang dilakukan adalah negatif.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERJASAMA SEMUA AGENSI PASTIKAN KELANCARAN PRN MELAKA KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Kerjasama semua agensi berkaitan amat penting bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak...
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25
ASAHAN 30 Jun - Rakyat Melaka berpeluang menikmati bufet durian premium dari jenis Musang King dan Block Thorn pada harga...
MEDIPULIH RANCANG BUKA EMPAT CAWANGAN BAHARU, PERLUAS AKSES PENJAGAAN KESIHATAN
TELOK MAS 30 Jun - MediPulih Melaka merancang untuk membuka sehingga empat lagi cawangan baharu di negeri ini dalam usaha...
