Istiadat Kawalan Kehormatan Utama pembuka tirai upacara rasmi

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 10 Okt. – Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi sesi pertama dimulakan ketibaan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam tepat jam 8.45 pagi setelah berkenan melakukan Istiadat Kawalan Kehormatan Utama di Dataran Seri Negeri, di sini sebentar tadi.

Ketibaan yang disambut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali termasuk barisan pimpinan kerajaan negeri di balai ketibaan pusat pentadbiran terbabit.

Sejurus tiba, istiadat berlangsung diiringi dengan 17 das tembakan meriam dan diteruskan dengan tabik hormat dan pemeriksaan perbarisan dan kawalan kehormatan.

Perbarisan yang diketuai Mejar Mohd Zainul Ariffin Zainal Abidin mengetuai daripada 3 Pegawai dan 120 Anggota Lain-Lain Pangkat dari Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Mahkota Johor.

Pada upacara yang diadakan itu turut disaksikan seluruh pimpinan negeri termasuk tetamu kehormat yang dihadiri kira-kira 100 orang itu berlangsung dengan pematuhan keselamatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Terdahulu, 17 das tembakan meriam yang mengiringi istiadat terbabit telah dilepaskan dari 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat), Kem Sg Buloh diketuai Leftenan Kolonel Mohammad Asri bin Che Will diiringi Pancaragam Iringan dari Batalion Ke-2 Kor Armor Di-Raja.

Istiadat berlangsung selama empat sesi bermula hari ini dan esok bagaimanapun akan bersambung pada 30 Oktober dan 1 November depan.

Views:

2097
Kongsi :
Previous post Ismail Sabri dahului senarai penerima darjah kebesaran Melaka, hari ini
Next post Sejarah tercipta tanggal 10.10.2020
Ubah saiz-+=