Isu cip MyKad dan MyKid selesai Disember ini

Masa Membaca:54 Saat

ASAHAN 5 Ogos –  Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi jaminan isu berkaitan cip pada kad pengenalan (MyKad) dan kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) selesai menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Zamri Misman berkata isu terbabit sedang dalam proses penyelesaian.

Bagaimanapun, jelas Zamri beliau turun memberi saranan kepada orang ramai yang masih mempunyai permasalahan pada cip MyKad ataupun MyKid untuk hadir ke mana-mana pejabat JPN berhampiran.

“Isu berkaitan cip ini sedang dalam proses penyelesaian dan kita beri jaminan iau ini akan selesai menjelang Disember ini.

“Kebanyakan isu  cip ini melibatkan MyKid, namun sekiranya mereka pemegang MyKad turut mempunyai masalah sama boleh tampil dan hadir ke mana-mana JPN berhampiran, kita akan bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program MEKAR bersama komuniti Orang Asli, Kampung Gapam Baru di Dewan Komuniti Orang Asli di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan, Pengarah JPN Melaka, Norazlee Sulaiman dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Melaka dan Negeri Sembilan, Shahrani Idderis.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1213
Kongsi :
Previous post Mohon tambah peruntukan bagi masyarakat Orang Asli di Melaka
Next post Bayaran secara dalam talian LMM, LKM masih dalam fasa ujian – Anthony Loke
Ubah saiz-+=