Isu dalaman ditimbulkan kerana mereka cemburu

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

SERI NEGERI 25 Julai – Dakwaan mengenai isu dalaman berkaitan kerajaan negeri sengaja ditimbulkan pihak mencemburui kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili kerajaan sentiasa sehaluan dibawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) juga sentiasa membuat perancangan terbaik untuk memajukan Melaka.

“Maka soal (isu) dalaman tidak timbul sebagaimana diuar-uarkan dalam media, sebaliknya ada mereka yang cemburu atas kejayaan kami yang dapat menambat hati rakyat pada PRN lepas,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Kerk Chee Yee (DAP-Ayer Keroh) pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Rauf yang juga Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri berkata, kerajaan yang mengurus tadbir negeri ini sentiasa bersepakat untuk memajukan Melaka.

Malah katanya, kakitangan kerajaan memberikan perkhidmatan terbaik untuk menyokong kepimpinan Sulaiman sebagai Ketua Menteri.

“Kita tidak nampak isu ada dalaman daripada pegawai persekutuan mahupun pegawai kerajaan negeri di bawah portfolio saya kerana mereka memberikan sokongan terbaik untuk merealisasikan dasar kerajaan yang memberikan faedah kepada rakyat.

“Itu sebabnya saya tidak melihat isu dalaman yang teramat ‘dalam’, sebenarnya tidak berapa dalam pun yang melihat dalaman adalah mereka yang tidak suka akan apa diperolehi pada PRN lepas.

“Jadi saya menegaskan prestasi kerajaan yang ada dengan nilai pelaburan RM2.2 bilion diperolehi dalam tempoh empat bulan menunjukkan keyakinan pelaburan disebabkan kestabilan dan kaedah pertadbiran dibawah Ketua Menteri kita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

772
Kongsi :
Previous post Kemalangan Gerik: Polis rakam percakapan pemandu Toyota Hilux dalam masa terdekat
Next post Hospital Besar baharu Melaka di Durian Tunggal
Ubah saiz-+=