
Isu jalan tapak Klinik Kesihatan Simpang Bekoh akan diselesaikan segera
RIM 16 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim berusaha untuk menyelesaikan segera isu dibangkitkan mengenai jalan di tapak Klinik Kesihatan baharu Simpang Bekoh.
ADUN RIM, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, setakat ini wakil JAPERUN sudah mengadakan lawatan bagi mengenal pasti dan mendapatkan gambaran sebenar lokasi berkenaan.
“Lawatan diadakan pada 13 Mei lalu, hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), insyaAllah tindakan bagi menangani masalah itu akan diambil segera.
“Saya berterima kasih atas maklum balas semua pihak diharapkan usaha menyelesaikan masalah ini akan berjalan lancar,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.
Menurut Khaidhirah pihak penduduk RIM boleh membuat aduan dengan menghubungi wakil JAPERUN Rim di talian 013-6226404 (Setiausaha JAPERUN) dan 012-2923025 (Penghulu).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAHASISWA PERLU BERANI BONGKAR KEHEBATAN SEJARAH MELAYU
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Mahasiswa perlu berani meneliti, membongkar dan mendokumentasikan kehebatan sejarah Melayu bagi memastikan warisan tamadun bangsa...
PRN MELAKA: RIDHWAN TEKAD PERTAHAN AYER MOLEK SEBAGAI KUBU KUAT BN
AYER KEROH 25 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Mohd Ridhwan Mohd...
PRN MELAKA: NORAZRIL TEKAD SATUKAN PENDUDUK REMBIA SEBAGAI SATU KELUARGA
AYER KEROH 25 Oktober - Tekad menyatukan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia sebagai sebuah keluarga besar menjadi antara keutamaan...
PRN MELAKA: ZAHID INGATKAN CALON BN JANGAN BERMEGAH, ELAK PERPECAHAN JENTERA PARTI
AYER KEROH 25 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) yang diberi kepercayaan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diingatkan...
PRN MELAKA: RAIS TEKAD RAMPAS SEMULA DUN SUNGAI UDANG UNTUK BN
AYER KEROH 25 Oktober – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin...
AHMAD ZAHID TITIP EMPAT AMANAT, BEKALAN BUAT HUFFAZ TEMPUH MASA DEPAN
BANDARAYA MELAKA 25 Oktober - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi menitipkan empat amanat kepada golongan...

