‘Jadikan Merlimau DUN beradat’ – Dr Muhamad Akmal

Masa Membaca:58 Saat

MERLIMAU 8 Jun – “Insya-Allah di DUN (Dewan Undangan Negeri) Merlimau, kita akan menghidupkan semula adat istiadat orang Melayu yang sejajar dengan agama Islam supaya budaya dan tatasusila orang Melayu tidak ketinggalan dan ditelan dek zaman”.

Itu pendekatan diambil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mahu menjadikan DUN berkenaan sebagai kawasan beradat.

“In sha Allah kita akan jadikan Merlimau sebagai DUN beradat..semalam selesai penyerahan surat lantikan kepada semua Sidang di dalam DUN Merlimau.

“Special (Istimewa) sikit di negeri Melaka ini dan tidak ada di negeri lain iaitu jawatan Sidang dikekalkan dari zaman dahulu lagi untuk mengetuai hal-hal yang berkaitan adat bagi setiap kampung.

“Mereka ini juga banyak membantu dalam pembangunan dan kebajikan masyarakat setiap kampung,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, semalam.

Katanya, penglibatan Tok Sidang diwajibkan dalam setiap majlis di kawasan yang mempunyai adat Melayu.

“Kita akan mewajibkan penglibatan Tok Sidang untuk memastikan majlis itu berjalan dengan penuh tertib mengikut syarak dan adat yang telah diamalkan sejak dari dahulu lagi.

“Siapa lagi yang nak menjaga adat istiadat orang melayu jika bukan kita sendiri,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1538
Kongsi :
Previous post Bantuan RM150 juta untuk transformasi nelayan
Next post Bekas diplomat, anak didakwa tanam 102 pokok ganja
Ubah saiz-+=