Jalur lebar lebih pantas di Kampung Sungai Buloh

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

TABOH NANING 12 Mac – Kemudahan menara telekomunikasi di Kampung Sungai Buloh, bakal mengatasi isu capaian internet yang lemah sekitar penempatan itu yang membelenggu penduduk sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, pembinaan kemudahan itu adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memperkasakan lagi capaian perkhidmatan 5G di Melaka.

Photo1708777975 (1)

TIMBALAN Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin. Foto Iqmal Haqim Rosman

Zilkiflee yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubatan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, perkembangan itu ternyata membawa khabar gembira buat penduduk sekitar.

“Difahamkan dalam tempoh empat bulan selepas menara ini diserahkan, penduduk sudah boleh menikmati perkhidmatan jalur lebar yang lebih pantas dan berkualiti.

“Setakat ini beberapa penempatan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning seperti Kampung Melekek dan dKampung Rantau Panjang juga sudah mempunyai menara telekomunikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada program Lawatan Kerja Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dan Penyerahan Tapak Projek JENDELA Fasa 1 Negeri Melaka di Kampung Sungai Buloh, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Melaka, Syed Isa Alsagoff, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Negeri, Fauzi Elham@Alhim serta Ketua Pegawai Operasi Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH), Mohd Jailani Deraman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2014
Kongsi :
Previous post Penganggur ditahan miliki 600 pil yaba
Next post Tiga penjenayah geng centro maut selepas berbalas tembakan dengan polis
Ubah saiz-+=