Jambu batu lohan diangkat sebagai ikon, beri pendapatan baharu pengusaha

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 9 Januari – Inisiatif Kerajaan Negeri mengangkat jambu batu lohan sebagai ikon buah tempatan di Melaka mampu meningkatkan pendapatan pengusaha tanaman itu.

Pengusaha jambu batu lohan, Abdul Halim Abdullah, 48 berkata ia secara tidak langsung membantu semua pengusaha memperkenal buah tempatan itu kepada pengunjung.

“Saya menyokong hasrat Kerajaan Negeri menjadikan buah ini sebagai ikon di Melaka, ini dapat membantu kami memasarkan lagi produk ini (jambu batu lohan) kepada pasaran lebih luas.

“Bukan itu sahaja, secara tidak langsung ia menaikkan nama Melaka dan buah-buahan tempatan yang ada di negeri ini.

“Sudah tentu apabila ia direalisasikan orang lebih kenali apa itu jambu batu lohan, bukan hanya rasanya manis dan rangup malah mempunyai banyak khasiat,” katanya kepada Melaka Hari Ini di sini, hari ini.

Photo 2021 10 12 16 40 43
ABDUL Halim menunjukkan keadaan jambu lohan yang bersaiz besar dan manis. FOTO MR Azli

Katanya, inisiatif itu juga dapat meningkatkan pendapatan pengusaha jambu batu lohan yang sebelum ini hanya mungkin memasarkan produk mereka di Melaka.

“Bila tiada promosi orang tidak kenal buah ini, sebelum ini orang tidak gemar makan jambu batu lohan tetapi selepas dikenali ia akan mendapat sambutan lebih luas.

“Selepas ini jambu batu lohan bukan hanya boleh dikenali di majlis-majlis besar Kerajaan Negeri, malah boleh didapati di mana-mana sahaja,” katanya.

Terdahulu Kerajaan Negeri akan mempatenkan jambu batu lohan di Pulau Gadong sebagai ikon buah tempatan Melaka pada Jun ini.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, buah berkenaan diusahakan di Pulau Gadong dan telah dikomersilkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1445
Kongsi :
Previous post Suntikan semangat untuk calon SPM Kota Melaka
Next post 1,000 geng basikal promosi TMM2024
Ubah saiz-+=