1,000 geng basikal promosi TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BUKIT KATIL 9 Januari – Lebih 1,000 peserta dari dalam dan luar negara menyertai sukan basikal lasak pada Program MTB Jamboree 2024 bagi mempromosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di Dewan Tun Ali, di sini baru-baru ini.

Penyelaras Jawatankuasa Lizards MTB Jamboree 2024, Khairi Sahrum berkata program tersebut telah dirasmikan oleh Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh di Dewan Tun Ali di sini pada 6 Januari lalu.

Katanya, program yang disertai 250 peserta dari Singapura dan lebih 800 peserta dari seluruh negara turut bertujuan mempromosikan TMM2024.

“Program ini bertujuan khusus untuk penggemar aktiviti berbasikal di mana ia melibatkan pelbagai peringkat umur dan golongan dengan jarak sejauh 42 kilometer (km).

“Bermula dari Bukit Katil – Jasin- Tehel- Bemban, penganjuran acara kayuhan MTB Jamboree 2024 ini untuk memperkenalkan lagi aktiviti berbasikal laluan lasak,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 01 09 At 15.12.10 C69d430a
LALUAN ‘off-road’ yang perlu dilalui peserta MTB Jamboree 2024

Mengulas lanjut, Khairi berkata lima peratus daripada 42 km laluan meliputi laluan jalan raya dan 95 peratus merupakan laluan
‘off-road’.

“Menerusi acara ini juga sebanyak 12 kategori antara umur 15 hingga 60 tahun telah diperkenalkan termasuk kategori veteran dan ‘heavyweight’ yang mana kita beri peluang kepada semua golongan untuk sihat dengan menyertai sukan berbasikal ini.

“Acara ini turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah buat semua peserta dengan pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada peserta,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2616
Kongsi :
Previous post Jambu batu lohan diangkat sebagai ikon, beri pendapatan baharu pengusaha
Next post Fasiliti Taman Laut Melaka ditambah baik
Ubah saiz-+=