
Jana pendapatan menerusi pertanian
KUALA LINGGI 20 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Rosli Abdullah menggalakkan lebih ramai penglibatan warga DUN berkenaan dalam bidang pertanian.
Beliau berharap menerusi Program Penyerahan Kit Pertanian Bandar peringkat DUN Kuala Linggi, dianjurkan dapat menarik minat warga DUN berkenaan untuk serius dalam bidang berkenaan selepas ini.
“Alhamdulillah semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi di DUN kita supaya lebih ramai berminat dalam bidang pertanian untuk menjana pendapatan.
“Terima kasih saya ucapkan kepada Pegawai Jabatan Pertanian Daerah yang telah menerangkan cara penggunaan kit pertanian kepada penerima,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, semalam.
Rosli kemudian merasmikan Bengkel Literasi Maklumat & Digital kepada pelajar sekolah rendah di Perpustakaan Awam Masjid Tanah.
“Penganjuran program seumpama ini sangat bagus untuk menambahkan ilmu pengetahuan anak kita dalam mendapatkan maklumat melalui teknologi yang ada. Tahniah kepada penganjur dan Perpustakaan Awam Masjid Tanah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...
