Jangan bazir, beli ikut keperluan – Ismail

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 4 Jun – Pengguna perlu bijak merancang semasa membeli barangan keperluan asas bagi mengelakkan pembaziran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Wira Ar. Ismail Othman berkata, ia berikutan bekalan keperluan itu masih mencukupi di negeri ini.

“Laporan yang kita terima dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri tiada masalah setakat hari ini.

“Cumanya terdapat sedikit aduan mengenai harga barang yang naik seperti minyak masak di dalam botol, tapi itu di luar kawalan kita kerana KPDNHEP hanya mengawal harga minyak masak di dalam paket iaitu sekilogram RM2.50,” katanya ketika dihubungi MHI.

Dalam pada itu Ismail menasihatkan supaya pengguna tidak perlu membeli barangan keperluan asas dalam jumlah yang banyak hingga berlaku pembaziran.

“Bagi saya hari ini kita dalam keadaan ‘lockdown’ ni kedai-kedai semua buka, jadi janganlah kita beli barang terlalu banyak, kadang-kadang kita beli kena rancang untuk keperluan berapa hari.

“Contohnya roti Gardenia, tak perlu beli sampai dua tiga kemudian tamat tarikh luput dah tak boleh makan kena buang, jadi carilah barang yang boleh tahan lama dan ikut keperluan sahaja,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

341
Kongsi :
Previous post Cheng Hoe jawab!
Next post Kluster Jalan Alor Gajah Lama merebak akibat aktiviti ziarah Aidilfitri
Ubah saiz-+=