
‘Jangan main tuduh-tuduh’ -Mohd Rafiq
BUKIT RAMBAI 7 Jun – “Pihak yang menuduh perlu kemukakan bukti-bukti yang menunjukkan ada perbuatan pilih kasih dalam pemberian vaksin COVID-19 kepada golongan kenamaan (VIP).”
Demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Mohd Rafiq Naizamohidden ketika diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang PH Adly Zahari mengenai kerajaan negeri mengutamakan pemberian vaksin terhadap golongan itu.
“Saya tak tahu berkenaan hal tersebut, saya tak dimaklumkan berita tersebut…saya rasa elok ditanya kepada pihak yang menuduh.
“Pihak yang menuduh itu perlu membuktikan tuduhan dan jangan secara semborono kerana perkara tidak ada asas,” katanya kepada pemberita hari ini.
Jelasnya, sebagai mantan Ketua Menteri Melaka, Adly perlu mengemukakan bukti menunjukkan ada perbuatan pilih kasih dalam pemberian vaksin kepada golongan VIP seperti yang disebutkan.
“Bukti itu ada pada beliau bukan pada saya, saya tidak tahu menahu tentang tuduhan dan apa tomahan yang dikemukakan oleh beliau (Adly),” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KECELARUAN POLITIK SEMASA, PELUANG CERAH BN-PN MENANG LEBIH 21 KERUSI DI MELAKA
TABOH NANING 12 November โ Kecelaruan politik di peringkat Persekutuan ketika ini dilihat mampu membuka ruang lebih luas kepada Barisan...
SEMBOYAN 14 NOVEMBER: LANGKAH BAHARU BN-PN MENUJU PUTRAJAYA
TABOH NANING 12 November โ Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bukan sekadar medan menentukan siapa diberi mandat untuk mentadbir...
TUNJUK ‘JARI BERCELUP’, NIKMATI DISKAUN 10 PERATUS MASUK ZOO MELAKA
AYER KEROH 12 November - Jari bertanda dakwat pilihan raya bukan sekadar bukti sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, malah boleh...
KERAJAAN TAWAR PEMBIAYAAN RM14,000 SEHEKTAR UNTUK TANAM SEMULA SAWIT
AYER MOLEK 12 November - Pekebun kecil kelapa sawit persendirian yang mempunyai pokok berusia lebih 25 tahun digalakkan melaksanakan tanaman...
PRN MELAKA: KERJASAMA BN-PN DI LENDU, PENYATUAN TANPA PINGGIR KAUM LAIN
LENDU 12 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04...
PELANCONG INDIA TERPESONA MAGIS MELAKA
BANDA HILIR 12 November - Keunikan sejarah, kepelbagaian budaya serta sajian makanan yang ditawarkan menjadikan Melaka sebuah destinasi pelancongan menarik...
