JaPen ceriakan jeti nelayan, Edar 30 Jalur Gemilang

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

MERLIMAU 23 Ogos – Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka memilih lokasi jeti nelayan untuk diagihkan Jalur Gemilang sekali gus menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-64.

Menerusi program Info On Wheels (IOW) Merdeka, pasukan Pejabat Penerangan Daerah Jasin kali ini membuat hebahan sambutan Bulan Kebangsaan itu di Jeti Kuala Merlimau.

Pegawai Penerangan Daerah Jasin Azreen Ahmad berkata, aktiviti itu bagi mengajak orang ramai supaya mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, premis dan kenderaan masing-masing.

KAKITANGAN JaPen menukar Jalur Gemilang yang sudah lusuh.

“Kali ini kami singgah di Jeti Kuala Merlimau untuk edarkan sebanyak 30 Jalur Gemilang serta menukar Jalur Gemilang yang telah lusuh pada 10 bot nelayan.

“Sambutan diberikan nelayan sangat membanggakan dan mereka bersemangat untuk terus kibarkan Jalur Gemilang pada bot masing-masing,” katanya kepada MHI.

Ujarnya pada masa sama pihaknya turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memutuskan rantaian COVID-19.

“Sepanjang Bulan Kebangsaan ini JaPen Melaka menyasarkan 62 program IOW Merdeka dilaksanakan.

“Ini bagi menyemarakkan suasana kemerdekaan dalam kalangan rakyat berikutan tiada acara-acara rasmi dapat diadakan berbanding tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

458
Kongsi :
Previous post Sultan Selangor gesa SPRM jalankan siasatan menyeluruh berkaitan kes rasuah
Next post MAQIS Johor rampas anak pokok tanaman hiasan bernilai RM119,200
Ubah saiz-+=