JBPM belanja RM3 juta persediaan hadapi banjir

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

PANTAI KUNDOR 13 September – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperuntukkan RM3 juta bagi membeli aset berkaitan sebagai persediaan menghadapi banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut, November ini.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya giat melakukan persiapan daripada segi latihan dan logistik, selain memastikan semua aset akan digunakan ketika bencana berada dalam keadaan baik.

photo1663051049
YANGdi-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam (dua dari kiri) melancarkan gimik perasmian sambil diperhatikan Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat, Datuk Nor Hisham Mohammad (tiga dari kanan) pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Pengurusan Bencana Peringkat JBPM Negeri Melaka di Pentas Budaya Pantai Puteri, Melaka. Turut serta Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan (tiga dari kiri) dan Pengarah JBPM Negeri Melaka, Abu Bakar Katain (kiri). Foto: MR. AZLI

Nor Hisham berkata, fokus utama JBPM adalah negeri kerap berlaku banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah serta Sarawak selain kawasan ‘urban flood’.

“Keanggotaan kami kini berada pada tahap 96 peratus atau 12,718 orang di seluruh negara dan baru-baru ini 1,000 kekosongan pegawai serta anggota sudah diisi.

“Sebanyak 60 buah bot disediakan bagi memastikan JBPM mampu menghantar bantuan ke lokasi bencana dengan cepat dan pantas.

“Tahun lalu kami berdepan isu pencahayaan yang kritikal, jadi JBPM melakukan perolehan 100 aset berkaitan dan semua ini membabitkan belanja RM3 juta,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Bencana Peringkat Negeri Melaka di Pantai Puteri, di sini, hari ini.

photo1663051982
DEMONSTRASI menyelamat di air. Foto: MR. AZLI

Terdahulu, majlis penutup disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam

Hadir sama Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Tuminah Kadi serta Pengarah JBPM Melaka, Abu Bakar Katain.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1620
Kongsi :
Previous post Pukul anak guna penyangkut baju, bapa pelakon remaja direman empat hari
Next post KPDNHEP, Petronas tempatkan trak minyak bergerak di negeri terlibat banjir
Ubah saiz-+=