JBS Melaka terima 64 permohonan baik pulih gelanggang futsal

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

SERI NEGERI 27 November – Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Belia Sukan (JBS) negeri telah menerima 64 permohonan bagi usaha membaik pulih gelanggang futsal di seluruh negeri Melaka pada tahun ini.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata kesemua permohonan adalah daripada Japerun, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pelbagai lagi untuk kegunaan orang awam.

“kesemua permohonan terbabit telah diangkat ke Bahagian Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk tujuan baik pulih.

“Di Melaka secara keseluruhan, terdapat 93 gelanggang futsal telah dibina bermula tahun 2009 menerusi projek Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dan gelanggang terakhir yang dibina pada tahun 2011 menerusi projek 1 futsal 1 Malaysia (1F1M) dan 53 daripadanya telah dilupuskan.

“Gelanggang yang dilupuskan itu telah diberikan hak milik kepada pemilik asal tanah dan pemilik bersetuju untuk ambil alih dan gelanggang tersebut tiada kaitan lagi dengan kerajaan” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Tuminah Kadi@Hashim (BN-Pantai Kundor) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shanmugam berkata sebanyak empat gelanggang futsal yang masih aktif terdapat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor.

“Empat gelanggang futsal dalam kawasan Pantai Kundor adalah di Kampung Tanah Merah Jaya, Kampung Pantai Rombang, Tangga Batu Pekan dan Kampung Pantai Kundor.

“Setakat ini tiada pembinaan baharu gelanggang futsal di bawah JBS negeri namun semua permohonan termasuk di DUN Pantai Kundor untuk menaik taraf dan baik pulih keadaan gelanggang futsal telah pun diangkat ke pihak KBS,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

827
Kongsi :
Previous post TMM2024: Melaka perkenal 9 produk pelancongan baharu
Next post Melaka perintis perkhidmatan Paramedik Komuniti – KM
Ubah saiz-+=