
JDT rugi RM35 juta kesan COVID-19 – TMJ
ISKANDAR PUTERI 21 Okt. – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM35 juta tahun ini kesan pandemik COVID-19, demikian dedah pemiliknya Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini.
Menjangkakan JDT hanya dapat menstabilkan semula kedudukan kewangannya dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi, Tunku Ismail juga mengunjurkan perbelanjaan yang lebih berhemat pada tahun depan.
“Tempoh ini merupakan tempoh yang mencabar, COVID-19 menjejaskan kestabilan kewangan kami. Ini satu dugaan yang amat besar, jadi tahun depan kami kena lebih berjimat,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat JDT di Stadium Sultan Ibrahim, di sini.
Sementara itu, Tunku Ismail juga memaklumkan pihaknya kini dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan beberapa isu sebelum mencapai sasaran kelab bernilai RM1 bilion pada tahun depan.
“Saya rasa kami kini dalam 75 hingga 80 peratus dan kena muktamadkan beberapa perkara untuk kami dapat penuhi syarat-syarat… mungkin menjelang pertengahan tahun depan (dapat direalisasikan),” katanya.
Tunku Ismail turut mendedahkan pada masa ini terdapat empat syarikat antarabangsa berminat untuk bekerjasama dengan JDT termasuk menjadi penaja.
Diharapkan kehadiran syarikat ini akan membawa impak positif kepada JDT, katanya.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI TURUN PADANG JUMPA RAKYAT MACHAP JAYA, ASAHAN ESOK
AYER KEROH 22 Ogos - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh akan turun padang menjelajah Dewan Undangan Negeri...
UPNM BUKAN SEKADAR BINA KEMUDAHAN, BENTUK JATI DIRI MASYARAKAT ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberi tumpuan terhadap pembentukan jati diri, sahsiah dan nilai patriotisme...
KARNIVAL CIMIC: 19 AKTIVITI MENARIK MENANTI, DARI KAPAL PERANG HINGGA AKSI KOMANDO
BANDARAYA MELAKA 22 Ogos - Sebanyak 19 aktiviti menarik disediakan menerusi Karnival Kerjasama Awam-Tentera (Civil-Military Cooperation - CIMIC) bagi memberi...
PELAJAR CEMERLANG MELAKA DAPAT HADIAH SIMPAN SSPN PRIME
AYER KEROH 22 Ogos - Kecemerlangan akademik pelajar Melaka bukan sekadar diraikan dengan sijil dan penghargaan, malah diterjemahkan dalam bentuk...
RM1 JUTA UBAH WAJAH KAMPUNG ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Kampung Alai kini menerima pelbagai kemudahan yang bukan sahaja menceriakan persekitarannya, malah memberi manfaat langsung...
PPSPM CAPAI 70 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG
DUYONG 21 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berjaya mencapai hampir 70 peratus sasaran jumlah pengunjung bagi...
