JELAJAH KETUA MENTERI BAWA IKHTIAR RINGANKAN BEBAN RAKYAT

Masa Membaca:2 Minit, 4 Saat

GADEK 9 Ogos – Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan sekadar untuk mendengar, tetapi membawa bersama ikhtiar yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan membantu golongan yang memerlukan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, usaha itu diteruskan pada Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek.

Katanya, jelajah membawa sinar harapan buat dua buah keluarga apabila Puan Russiah Ahmad dan Encik Amran Sulaiman masing-masing menerima bantuan pembinaan rumah baharu, melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM149,000.

“Ketika saya menziarahi Encik Siow Tiam Lai di Kampung Ganun, Saya turut melihat sendiri keadaan Kediaman beliau. Melihat kepada keperluan dihadapi, Kerajaan Negeri terus bersetuju untuk membina sebuah rumah baharu bernilai RM70,000.

“Bagi membantu mereka memerlukan kemudahan sokongan kesihatan, Kerajaan Negeri menyalurkan RM24,000 bagi penyediaan 12 unit kerusi roda dan katil pesakit. Kita juga bantu menggerakkan ekonomi rakyat melalui sumbangan RM10,000 buat 10 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana, dengan setiap seorang menerima RM1,000

“Sebanyak RM15,000 disalurkan kepada Persatuan Sepak Takraw Pancaindera Kuala Ina bagi
menaik taraf fasiliti sukan, sekali gus memperkasa aktiviti belia serta komuniti setempat. Sementara itu RM15,000 disalurkan kepada 10 penerima dalam sektor pendidikan,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ramah MeSRa Ketua Menteri Bersama Masyarakat sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek di perkarangan Masjid As-Syakirin, Kampung Gadek, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek Datuk VP Shanmugam serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.

Yang turut hadir Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Zahari Abd Kalil; Timbalan Exco Pendidikan , Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas,  Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim, ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta pemimpin-pemimpin masyarakat DUN Gadek.

Ab  Rauf berkata, sebanyak lima unit pendingin hawa bernilai RM15,000 turut disediakan untuk kegunaan tadika dan surau.

“Manakala RM285,000 disalurkan kepada 14 buah rumah ibadat di seluruh DUN Gadek, melibatkan tujuh masjid, empat kuil dan tiga tokong.

“Terakhir sebanyak 1,000 kampit beras bernilai RM18,000 turut diagihkan kepada warga Gadek,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

478
Kongsi :
Previous post JUALAN MURAH DI 50 MASJID MELAKA
Next post TOK RAUF SELESA DUDUK SEMEJA, DENGAR 1,001 MASALAH RAKYAT