TOK RAUF SELESA DUDUK SEMEJA, DENGAR 1,001 MASALAH RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 50 Saat

GADEK 9 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf lebih selesa duduk semeja di warung menjadi persinggahan untuk mendengar permasalahan rakyat yang hadir, tanpa perlu mengikut sebarang protokol.

Katanya, ada yang datang berkongsi kesusahan, membawa harapan, menunggu penyelesaian, malah ada juga yang hanya mahu tahu bahawa suara mereka masih didengari.

Menurutnya, berikutan itu pendekatan Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan sekadar konvoi sebaliknya perjalanan mendekati rakyat.

“Kita mendengar apa yang rakyat rasa dan memastikan apa yang disuarakan tidak berhenti sebagai keluhan, tetapi disusuli dengan usaha tindakan dan penyelesaian.

“Pada jelajah siri ke-12 ini giliran saya meluangkan masa menyantuni orang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Datuk VP Shanmugam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek serta seluruh jentera kerajaan yang terus bersama rakyat, mendengar sendiri denyut nadi lebih 28 ribu warga Gadek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ramah MeSRa Ketua Menteri Bersama Masyarakat sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek di perkarangan Masjid As-Syakirin, Kampung Gadek, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri merangkap Adun Gadek Datuk VP Shanmugam serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.

Yang turut hadir Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Zahari Abd Kalil; Timbalan Exco Pendidikan , Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas,  Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim, ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta pemimpin-pemimpin masyarakat DUN Gadek.

Ab Rauf berkata, apa yang dilakukan adalah terjemahan kepada tekad Kerajaan Negeri, selagi sesuatu keperluan menyentuh kepentingan dan kehidupan rakyat beliau tidak akan berdiam diri.

“Apa yang mampu kita gerakkan di peringkat negeri kita laksanakan tanpa bertangguh, jika memerlukan kelulusan Kerajaan Persekutuan kita bawa, kita usahakan dan diperkuangkan hingga ada penyelesaian.

“Selagi ada keperluan warga Gadek belum dipenuhi, selagi itulah amanah kita dianggap belum selesai,” katanya.

satu kisah.Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

393
Kongsi :
Previous post JELAJAH KETUA MENTERI BAWA IKHTIAR RINGANKAN BEBAN RAKYAT
Next post RAKYAT SAMBUT BAIK WRUR, PUJI KEMAJUAN MELAKA