
Jepun, Malaysia sambut pencapaian 40 tahun Dasar Pandang Ke Timur
KUALA LUMPUR, 5 Jan – Jepun akan terus berusaha mengukuhkan lagi hubungan dengan Malaysia ketika kedua-dua negara merayakan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur (LEP) tahun ini.
Timbalan Ketua Misi Kedutaan Jepun di Malaysia Araki Kaname berkata, negara itu akan bekerjasama dengan Malaysia sepanjang tahun ini sempena merayakan pencapaian hubungan dua hala sejak 40 tahun lalu.
Tumpuan juga akan diberikan dalam mengeratkan lagi hubungan dua hala untuk tempoh 40 tahun akan datang, katanya dalam ucapan di Festival Filem Jepun 2021 pada Selasa.
Malaysia, di bawah pentadbiran perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu, memperkenalkan LEP pada Februari 1982 dengan objektif mencontohi budaya kerja Jepun serta kepakaran teknologinya demi pembangunan negara.
Araki berkata di bawah dasar itu, sejak 40 tahun lepas, kira-kira 26,000 rakyat Malaysia telah ke Jepun untuk belajar dan mendapat latihan.
“Apabila kembali ke Malaysia, mereka telah memainkan peranan yang amat diperlukan dalam pelbagai bidang serta menjadi penghubung antara kedua-dua negara,” tambahnya.
Beliau berkata maklumat lanjut mengenai acara berkaitan sambutan itu boleh diperoleh menerusi laman web atau laman Facebook kedutaan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...

