Jimat banyak beli persiapan ‘mantai’ Ramadan

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

ALOR GAJAH 2 April – “Memang tidak sangka dapat jimat banyak bila membeli di sini, penuh tangan pun tidak habis RM100,” itu kata penduduk Nor Azizah Hassan, 54.

Menurut Azizah, dia bersama suami yang baru pertama kali mengunjungi Karnival Jualan Keluarga Malaysia ‘Mantai Ramadan’ merasakan mereka mengambil keputusan yang tepat memilih lokasi untuk membeli keperluan menyambut Ramadan pada esok hari.

Katanya, pelbagai barangan dapur ada dijual di situ jadi amat mudah untuk membeli dan tidak perlu singgah ke tempat lain.

“Harga memang murah malah semuanya ada di sini termasuk bawang, minyak, ayam dan buah-buahan jadi kita tertumpu di situ tempat sahaja.

“Ramadan ini semua umat Islam tertunggu-tunggu jadi persiapan lebihlah sedikit, tambah lagi untuk masak lauk sahur pagi nanti dan esok untuk berbuka pula,” katanya.

Menurutnya, kebiasaan keluarganya lebih gemar berkumpul dan berbuka puasa dirumah disebabkan itu dia bersiap sedia dengan bekalan yang mencukupi.

Seorang lagi pengunjung Awang Zainal, 57, berkata, selepas dua tahun hidup bersama COVID-19, persiapan untuk menyambut Ramadan kali ini lebih meriah dan sudah pastinya perbelanjaan juga bertambah.

AWANG

“Bila semua dapat berkumpul untuk sambut Ramadan jadi banyak persiapan perlu dibuat jadi dengan adanya karnival seperti ini memang dapat bantu menjimatkan.

“Harga agak murah berbanding di luar contohnya seperti daging segar, malah minyak masak pun juga ada dijual senang kata keperluan untuk menyambut Ramadan boleh dapat di sini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

991
Kongsi :
Previous post Bayi meninggal di pusat jagaan: Polis terima arahan lanjut dari Pejabat Pendakwaan
Next post Cipta kelainan berbuka puasa di atas Kapal Mendam Berahi
Ubah saiz-+=