
JIPS siasat tahanan mati dalam lokap di Pengkalan Chepa, Kota Bharu
KUALA LUMPUR, 17 Jan – Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang tahanan meninggal dunia di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan semalam.
Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kematian Orang Kena Tahan (OKT) itu pada 4.35 petang semalam.
“OKT adalah seorang lelaki tempatan berumur 37 tahun yang ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama dan direman selama empat hari bermula semalam hingga 19 Jan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada Jumaat lepas, JIPS telah menahan empat individu termasuk dua anggota polis bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang tahanan di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak.
Kesemua mereka direman sehingga 20 Jan ini.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
PENJAWAT AWAM PERLU HATI-HATI KONGSI MAKLUMAT
AYER KEROH 28 September - Penjawat awam diingatkan supaya lebih cakna dan berhati-hati ketika berkongsi penyataan awam atau maklumat berkaitan...
