Mangsa kebakaran terima bantuan rumah transit – DBKL
KUALA LUMPUR, 17 Jan – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan rumah transit yang dilengkapi dengan bekalan air dan elektrik kepada dua keluarga yang terlibat dalam kebakaran di perumahan awam di Setapak Jaya di sini semalam, selewat-lewatnya esok.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata buat masa ini kesemua mangsa ditempatkan secara sementara di Dewan Persatuan Penduduk Setapak Jaya 1A.
“Saya telah hadir ke lokasi kebakaran dan berjumpa dengan mangsa yang terlibat. Rumah transit itu akan disediakan di lokasi yang berhampiran dengan kediaman sedia ada bagi memudahkan keluarga yang terlibat untuk hadir ke tempat kerja dan ke sekolah.
“Selain itu, DBKL juga memberikan sumbangan RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Mahadi insiden yang menimpa dua keluarga berkenaan juga telah dilaporkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
“Beliau (Shahidan) meminta DBKL untuk mengambil tindakan segera terhadap insiden ini dan memberikan bantuan yang diperlukan,” katanya.
Petang semalam tiga unit kediaman di tingkat empat di Perumahan Awam Setapak Jaya 1A di sini, musnah dalam kebakaran namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MANIFESTASI TEKS SULALATUS SALATIN HIMPUN 39 KARYA ARTIS TEMPATAN
BANDA HILIR 23 Januari - Sebanyak 39 karya seni dan sastera berdasarkan Teks Sulalatus Salatin yang diterjemah ke visual dihimpunkan...
PRODUK TIADA LABEL PENGIMPORT PASAR RAYA DIKOMPAUN RM3,000
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Sebuah pasar raya di daerah Melaka Tengah dikompaun RM3,000 selepas didapati menjual makanan yang tidak...
JKNM UJI TIGA SAMPEL ANGGUR SHINE MUSCAT
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) menguji tiga sampel anggur shine muscat bagi memastikan produk import...
DUA ANGGOTA BOMBA TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA PADAM KEBAKARAN
KOTA KINABALU 23 Januari - Dua anggota bomba cedera terkena renjatan elektrik ketika operasi memadam kebakaran di tingkat empat sebuah...
MPHTJ PERJELAS ISU PENUTUPAN, PENAMATAN KONTRAK KOLAM AIR PANAS DI BEMBAN
AYER KEROH 23 Januari - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya tampil memberi penjelasan berhubung penutupan operasi dan penamatan kontrak operator...
SUMBANGAN UKIR SENYUMAN MASYARAKAT TIONGHOA ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 23 Januari - Seramai 175 masyarakat Tionghoa dalam Parlimen Alor Gajah menerima sumbangan Tahun Baru Cina 2025 daripada...