
JIPS siasat tahanan mati dalam lokap di Pengkalan Chepa, Kota Bharu
KUALA LUMPUR, 17 Jan – Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang tahanan meninggal dunia di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan semalam.
Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kematian Orang Kena Tahan (OKT) itu pada 4.35 petang semalam.
“OKT adalah seorang lelaki tempatan berumur 37 tahun yang ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama dan direman selama empat hari bermula semalam hingga 19 Jan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada Jumaat lepas, JIPS telah menahan empat individu termasuk dua anggota polis bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang tahanan di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak.
Kesemua mereka direman sehingga 20 Jan ini.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BERPOTENSI JADI HAB PENERBANGAN TAMBANG MURAH SERANTAU
SERI NEGERI 13 Julai – Melaka berpotensi menjadi hab penerbangan tambang murah (LCC) serantau Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam...
MELAKA PERUNTUK RM340,000 SEDIA BANTUAN KATIL PESAKIT TERLANTAR
SERI NEGERI 13 Julai - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka memperuntukkan sebanyak RM340,000 bagi penyediaan kemudahan...
LEBIH 80 OPERASI HAIWAN BERKELIARAN DILAKSANA PBT
SERI NEGERI 13 Julai - Kerajaan Negeri memperhebatkan usaha menangani isu haiwan ternakan berkeliaran apabila lebih 80 operasi penguatkuasaan telaj...
ENAKMEN BAHARU BERKAITAN TERNAKAN BERKELIARAN PERUNTUK HUKUMAN LEBIH BERAT
SERI NEGERI 13 Julai - Kerajaan Negeri akan menggubal enakmen baharu bagi memperketat penguatkuasaan terhadap pemilik haiwan ternakan termasuk memperberat...
RAKYAT MELAKA PUAS HATI INISIATIF WRUR, BERI SKOR LEBIH 90 PERATUS
SERI NEGERI 13 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang mula dilaksanakan Januari tahun lalu terbukti menjadi antara...
4 PAM DI MASJID TANAH BERFUNGSI, BERKESAN KURANGKAN RISIKO BANJIR BESAR
SERI NEGERI 13 Julai - Projek Rumah Pam di Taman Bandar Baru Masjid Tanah kekal menjadi antara benteng penting dalam...
