
JKM KESAN WARIS THEVANESH
JASIN 24 Oktober – Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin sedang mengesan waris kanak-kanak lelaki, Thevanesh A/L Suresh Kumar.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah jasin Nazurah Mohd Noh berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun itu yang tidak mempunyai waris dan penjaga yang sah.
Katanya, siasatan awal mendapati kanak-kanak tersebut hanya mempunyai salinan sijil kelahiran sahaja tanpa mengenali ibu dan bapa kandungnya.
“Berdasarkan maklumat, kanak-kanak ini berasal dari Selangor, di mana bapanya Suresh Kumar A/L Gopal yang juga berasal dari Selangor telah meninggal dunia pada tahun 2018 ketika berusia 52 tahun.
“Ibunya pula bernama Lee Sook Lim berusia 36 tahun, juga berasal dari Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris kanak-kanak ini boleh menyalurkannya ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin, Melaka atau Pelindung di talian 06-5291285.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
TOK RAUF KONGSI KEMAJUAN KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkongsi pencapaian dan kemajuan Kampung Pulau dalam...
‘BOT KUDA BELANG’ HIASI SUNGAI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bersama Zoo Melaka berganding bahu memperkasakan sektor pelancongan...
TYT TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI MASJID AL-AZIM
PENGKALAN BATU 21 Mac - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan...
TOK RAUF TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama kira-kira 500 jemaah menunaikan solat sunat...
JKR MELAKA SENTIASA PANTAU PAPAN TANDA ROSAK, UZUR
TABOH NANING 21 Mac - Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sentiasa memantau keadaan papan tanda di seluruh Melaka ia bagi...
