JKM sediakan 138 PPS seluruh Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

ALOR GAJAH 22 September – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka telah menyediakan sebanyak 138 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebagai persiapan menghadapi bencana banjir dijangka November ini.

Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, PPS berkenaan mampu menampung 35,633 mangsa pada satu-satu masa.

Katanya, PPS berkenaan memenuhi piawaian dan dilengkapi kemudahan diperlukan, seperti tempat tidur, ruang makan, ruang solat dan mengikut susun atur

“JKM juga menempatkan 188 pegawai dan kakitangan, enam pegawai psikologi, kaunselor termasuk 31 pasukan sokongan psikologi.

“Selain itu 300 sukarelawan juga sudah bersedia dan hanya menunggu masa untuk dipanggil,” katanya pada sidang media selepas merasmikan penutup Program Program Latih Amal dan Simulasi Bencana di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan, di sini, semalam.

Kalsom berkata JKM negeri telah menerima peruntukan sebanyak RM150,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM 60,000 daripada Kerajaan Negeri untuk menyiapkan kit makanan asas serta barangan keperluan mangsa bencana.

Menurutnya, kesemua barangan asas itu akan ditempatkan di mini depoh JKM dan stor-stor penyimpanan JKM Daerah seluruh negeri ini.

“Hal ini kerana JKM diberi empat peranan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk menyedia, menyelenggara semua PPS; menyedia dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian serta keperluan asas kepada mangsa bencana.

“Menjalankan pendaftaran mangsa-mangsa bencana bagi maksud pemulihan dan memberi bimbingan, nasihat serta kaunseling,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1610
Kongsi :
Previous post Jumlah kutipan, pembayar zakat Melaka meningkat – KM
Next post Tingkat kesedaran, didik pelajar hak kepenggunaan – KPDNHEP
Ubah saiz-+=