Sorting by

×

Tingkat kesedaran, didik pelajar hak kepenggunaan – KPDNHEP

Masa Membaca:53 Saat

SUNGAI UDANG 22 September – Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) menjadi platform bagi mendidik pelajar mengenai hak-hak pengguna serta kepenggunaan.

Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Adiratno Che Ani berkata, ia sekali gus meningkatkan kesedaran kepenggunaan dalam kalangan pelajar melalui pendekatan baharu yang bersepadu.

“Menerusi CIP KPS pelajar dapat mengembangkan daya kreativiti, inovasi dan potensi diri khususnya dalam aspek-aspek berkaitan kepenggunaan.

“Kit cabaran beserta petunjuk untuk ke ‘checkpoint’, namun perlu menjawab soalan kepenggunaan untuk melengkapkan cabaran mengikut tema yang ditetapkan.

“Dengan itu ilmu kepenggunaan dan pendidikan hak-hak pengguna dapat disampaikan kepada para pelajar dengan cara lebih menarik dan interaktif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Cabaran Interaktif Pengguna (CIP) Kelab Pengguna Sekolah Tahun 2022 Peringkat Negeri Melaka di Melaka Tropical Fruit Farm, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar.

Menurutnya, cabaran interaktif tersebut melibatkan 35 sekolah menengah di Negeri Melaka yang menghantar satu pasukan membabitkan empat pelajar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2765
Kongsi :
Previous post JKM sediakan 138 PPS seluruh Melaka
Next post Jawatankuasa khas ditubuh tangani kes penipuan kerja libatkan rakyat Malaysia
Ubah saiz-+=