Jom beli ayam RM5 satu kilogram di Pasar Pemuda UMNO Jasin

Masa Membaca:57 Saat

JASIN 30 Mac – Pemuda UMNO Jasin mengambil inisiatif mewujudkan Pasar Pemuda UMNO Jasin untuk membantu golongan memerlukan mendapatkan daging ayam segar pada harga RM5 satu kilogram.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh pasar berkenaan diadakan pada Sabtu ini (2 April) bermula jam 7.30 pagi.

“Pasar Pemuda UMNO Jasin kembali lagi!!..memandangkan bulan Ramadan hampir tiba, kami ingin membantu anda meringankan sedikit sebanyak komitmen anda dalam membeli barang basah.

“Ayam segar sebanyak 400 ekor untuk dijual dengan harga yang paling murah dalam Malaysia iaitu sahaja RM5 sekilogram.

“Jadi boleh datang sabtu ini (2 April) di Bandar Merlimau Utara (hadapan Klinik Dr Akmal Saleh) bermula jam 7.30 pagi sehingga ayam habis ya,” katanya.

Katanya untuk memastikan program itu memberi faedah kepada orang ramai setiap keluarga hanya dibenarkan membeli dua ekor ayam sajaha.

“Jadi jom semua orang Jasin kita jumpa Sabtu pagi ni ya!!.. ini inisitatif dari pemuda UMNO Jasin kepada anda semua,” katanya.

ends…

pasar rm5 – ORANG ramai boleh datang ke Pasar Pemuda UMNO Jasin untuk beli ayam segar RM5 sekilogram Sabtu ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1251
Kongsi :
Previous post Tubuh Skuad Bantuan Bencana RELA
Next post MBMB tidak benarkan ‘ulat tiket’ caj parkir bazar Ramadan, Aidilfitri
Ubah saiz-+=