JPN cawangan Melaka Tengah ditutup bermula 1 Dis
MELAKA, 21 November – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka memaklumkan cawangan JPN Melaka Tengah akan ditamatkan pengoperasiannya pada 1 Dis ini.
Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan cawangan itu sebagai sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi memperkasa perkhidmatan JPN di seluruh negara.
“Berikutan itu, perkhidmatan kaunter hanya akan beroperasi sehingga 30 Nov dan sebarang urusan berkaitan pendaftaran boleh dilakukan di Ibu Pejabat Negeri atau JPN cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka atau mana-mana pejabat JPN berhampiran,” menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanya boleh hubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN Melaka di talian 06-2326881/ 06-2326600 atau e-mel [email protected].
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TELOK MAS: NELAYAN HARGAI KEPRIHATINAN TOK AJAK
TELOK MAS 16 Jun – Kehidupan sebagai nelayan yang bergantung kepada hasil laut dan cuaca tidak menentu menjadikan setiap bentuk...
WRUR TELOK MAS: 4 TOKONG TERIMA BANTUAN UTILITI SEJAK 2021
TELOK MAS 16 Jun – Empat tokong dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas menerima bantuan pembayaran utiliti sejak tahun...
TIADA LAGI ‘DONUT’, ‘LINE SIPUT’ DI TAMAN SERI JERAM
TANJUNG BIDARA 16 Jun - Pembinaan sebuah menara telekomunikasi di Taman Seri Jeram, Masjid Tanah menjadikan kawasan itu dan sekitarnya...
80 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU DIBINA SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
TANJUNG BIDARA 16 Jun - Komitmen Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk mendigitalkan Melaka diterjemahkan menerusi pembinaan...
WRUR TELOK MAS: MASYARAKAT CINA, INDIA PUJI KEPIMPINAN TOK AJAK
TELOK MAS 16 Jun - Sifat mesra rakyat dan komitmen berterusan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira...
MELAKA FOKUS TERUS TINGKATKAN CAPAIAN JALUR LEBAR, TELEKOMUNIKASI MUDAH ALIH
TANJUNG BIDARA 16 Jun - Kajian secara berterusan dijalankan Kerajaan Negeri bagi memastikan tahap liputan jalur lebar dan telekomunikasi mudah...
