Sorting by

×

WRUR TELOK MAS: 7,000 KAMPIT BERAS PERCUMA MENANTI ORANG RAMAI

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

TELOK MAS 16 Jun – Sebanyak 7,000 kampit beras percuma akan diagihkan kepada penduduk sempena Majlis Penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang dijadual berlangsung pada 20 Jun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pelbagai pengisian menarik turut disediakan pada malam kemuncak program tersebut termasuk cabutan bertuah serta persembahan artis popular tanah air.

Menurutnya, penduduk sekitar Telok Mas dijemput hadir bagi memeriahkan majlis yang bakal menghimpunkan masyarakat setempat.

“Datanglah beramai-ramai. Selain jamuan makan, kita juga menyediakan cabutan bertuah dengan hadiah dua ekor lembu, lima ekor kambing dan empat buah motosikal,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Nelayan DUN Telok Mas sempena Program WRUR DUN Telok Mas di Japerun Telok Mas, di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, pengumuman penting berkaitan beberapa pembangunan melibatkan kawasan Telok Mas juga dijangka akan diumumkan pada malam itu oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

“Program ini adalah untuk rakyat. Saya harap semua dapat hadir bersama keluarga bagi memeriahkan majlis penutup dan sama-sama menyaksikan pelbagai pengumuman yang bakal memberi manfaat kepada penduduk Telok Mas,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

432
Kongsi :
Previous post PERPADUAN JADI WARISAN TELOK MAS