Kadar kitar semula seluruh negara meningkat – SWCorp

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BATU BERENDAM 13 Dis – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) merekodkan peningkatan sebanyak 31.52 peratus Kadar Kitar Semula Kebangsaan tahun ini berbanding 30.67 peratus pada tahun 2020.

Pengerusi SWCorp Datuk Rizalman Mokhtar berkata, peningkatan peratusan itu menunjukkan kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan rakyat masih tinggi biarpun negara berdepan situasi penademik COVID-19.

“Ada peningkatan dalam kadar tertentu biarpun COVID-19 melanda negara. Ini adalah Kadar Kitar Semula Kebangsaan, data ini dilihat dari segi kesedaran masyarakat yang meningkat tahun ini.

“Walaupun duduk di rumah masih tinggi penggunaan barang-barang recycle (kitar semula), waktu pandemik banyak kilang tutup…bila kilang tutup kita tiada data, cuma bila kita tengok balik keseluruhan ada sedikit peningkatan melibatkan isi rumah.

“Ada formula dia, kita kira daripada kadar populasi dengan kadar jumlah kitar semula di kilang, pengumpulan barang kitar semula buat di satu tempat cuma kita akan pergi ke kilang-kilang ambil data tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Note of Understanding (NoU) SWCorp Malaysia dan Tzu Chi Foundation Melaka di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Ismail Mokhtar; Ketua Pegawai Eksekutif Tzu Chi Melaka, Loh Siew Cheng dan Pengarah SWCorp Melaka, Khairuladha Mutalib.

Dalam pada itu Rizalman meminta supaya masyarakat terus memberi kerjasama dalam meningkatkan kesedaran terhadap budaya kitar semula.

“Sebenarnya kita boleh gunakan dari akta dan jugak peraturan dari segi membentuk penguatkuasaan tetapi belum lagi nak sampai ke peringkat tersebut.

“Kita lebih pentingkan kepada memberi kesedaran dan kita yakin melalui program lebih agresif dan lebih tersusun insha-Allah kita akan dapat memberi siaran yang lebih luas kepada rakyat untuk membantu kita dari segi program kitar semula,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1554
Kongsi :
Previous post Guru tadika rugi RM4,200 terpedaya tawaran jadi isteri ‘menteri’
Next post RM12.63j peruntukan pembangunan industri halal negara 2022
Ubah saiz-+=