Kajian terperinci di Lebuh AMJ dan SPA, atasi kesesakan – KM

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

DURIAN TUNGGAL 10 Julai – Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melaksanakan kajian terperinci termasuk menggunakan konsep ‘no right turn’ di titik kesesakan lebuh raya di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kajian itu melibatkan jalan di sepanjang Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) dan Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA).

Katanya, antara cadangan yang akan dilaksanakan di kawasan titik kesesakan termasuk konsep ‘no right turn’ terutama ketika waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan jalan raya.

“Kita akan membuat kajian terperinci tentang penambahbaikan dalam konsep baharu iaitu ‘no right turn’ pada waktu puncak.

“No right turn diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri yang mana ia hanya dilakukan pada waktu puncak iaitu pada sebelah pagi dan petang bagi memudahkan urusan rakyat pergi dan balik kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Projek : Membina Jalan Pintas Baharu dari Persimpangan Jalan Alor Gajah Lama (Laluan M17) Ke Taman Murai Jaya, Pekan Durian Tunggal di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari;
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Yang turut hadir, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan; barisan Timbalan Exco Kerajaan Negeri dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Ir. Ismail Abd Rahman.

Ab Rauf berkata, pelaksanaan kajian itu sudah pasti memberikan faedah kepada penduduk dan masyarakat setempat di negeri ini.

“Ianya pasti kita laksanakan setelah kita dalam tempoh dua bulan daripada sekarang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

851
Kongsi :
Previous post Jalan pintas simpang Alor Gajah ke pekan Durian Tunggal kurangkan kesesakan
Next post Kalam Ilahi DUN Ayer Limau diteruskan
Ubah saiz-+=