Jalan pintas simpang Alor Gajah ke pekan Durian Tunggal kurangkan kesesakan

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

DURIAN TUNGGAL 10 Julai – Projek jalan pintas baharu dari persimpangan Jalan Alor Gajah Lama ke Taman Murai Jaya, pekan Durian Tunggal bernilai RM8.64 juta dibuka secara rasmi hari ini sekali gus memberi manfaat kepada 5,000 pengguna kenderaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, projek berkenaan sekali gus menyuraikan trafik terutama waktu puncak pada waktu pagi dan petang.

Katanya, pembinaan jalan pintas itu di bawah peruntukan Kerajaan Negeri dan ia mula dibina sejak 7 Julai 2020.

“Biarpun jalan ini hanya sepanjang 750 meter tetapi ia memberikan impak yang besar terhadap masyarakat setempat dalam menguruskan masa kerana dapat menjimatkan masa kira-kira 10 minit untuk pengguna di sini.

“Ia juga mengurangkan kesesakan trafik di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal pada waktu puncak disebabkan pengguna dari Alor Gajah lama dan Parit Melana yang menghala ke Lebuh Ayer Keroh dan Plaza Tol Ayer Keroh,” katanya,” katanya.

photo_2023-07-10_13-23-40
Jalan pintas baharu dari Persimpangan Jalan Alor Gajah Lama (Laluan M17) ke Taman Murai Jaya, Pekan Durian Tunggal. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan projek berkenaan yang turut dihadiri Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Turut hadir, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan; barisan Timbalan Exco Kerajaan Negeri dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Ir. Ismail Abd Rahman.

Ab Rauf berkata, jalan pintas itu juga memberi keselesaan kepada penduduk sekitar selain merancakkan pembangunan dan ekonomi di pekan Durian Tunggal.

“Terima kepada Kementerian Kerja Raya dan JKR dalam menguruskan projek ini dan ia siap lebih awal 10 hari,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

9414
Kongsi :
Previous post Promosi judi atas talian, enam ditahan
Next post Kajian terperinci di Lebuh AMJ dan SPA, atasi kesesakan – KM
Ubah saiz-+=